MyINOVASI2016

Pertandingan Memasyarakatkan Inovasi Pelajar IPT

 

 

Peringkat Nasional

KEPERLUAN SERAHAN NASIONAL

Setiap kumpulan dituntut membuat serahan peringkat nasional yang terdiri daripada:

1. Poster A1 (2 mukasurat)

2. Model atau prototaip 

3. Persembahan Multimedia sama ada dalam bentuk klip video, animasi, grafik dan lain-lain.

4. Penyata Perbelanjaan

 

Penyediaan Poster A1

  • Dua (2) muka surat Poster A1 (594x841mm) dalam keadaan MENEGAK (Potrait) merupakan penambahbaikan isi kandungan Peringkat Zon terdahulu.
  • Bahasa penyampaian dibenarkan sama ada menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja.
  • ID KUMPULAN Peringkat Nasional akan diberikan mulai 24 Oktober 2016 melalui emel kumpulan masing-masing.
  • Setiap Poster tidak boleh menggandungi logo, nama IPT, gambar atau nama ahli kumpulan dan maklumat lain kecuali ID KUMPULAN sahaja.
  • Poster muka surat pertama ditandakan pada bahagian bawah sebelah kanan dengan ID KUMPULAN contoh MyINOVASI-01-2016/1 dan Poster muka surat kedua MyINOVASI-01-2016/2
  • Salinan "softcopy" Poster dalam bentuk JPEG  hendaklah dihantar sebelum atau pada 21 November 2016 kepada Sekretariat melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. untuk tujuan dokumentasi buku pemenang zon. 
 
Cetakan Poster A1
 
  • Setiap kumpulan dikehendaki membuat sendiri cetakan Poster dan mengunakan laminasi "Matte" dan membawanya ketika Hari Pameran & Penjurian Nasional
  • Gunakan "Foam Board setebal 5mm"sebagai alas Poster

 

 

Penyediaan Model/Prototaip 

  • Prototaip/Model mestilah dibina dan berfungsi sepanjang Peringkat Nasional 
  • Prototaip/Model mesti dipamerkan sepanjang semasa Peringkat Nasional
 
Persembahan Multimedia
  • Persembahan multimedia tidak lebih dari 2 minit mesti disediakan peserta sama ada berbentuk klip video, animasi, grafik dan lain-lain.
  • Ianya boleh dipasang menerusi laptop/skrin yang dibawa sendiri pelajar.
  • Salinan persembahan multimedia hendaklah diserahkan pada Sekretariat pada hari pendaftaran 30 November 2016.
 
Penyata Perbelanjaan Geran
  • Setiap kumpulan dikehendaki menyerahkan perbelanjaan geran hadiah pada hari Pendaftaran 1 Disember 2016
  • Penyata perbelanjaan hendaklah dikompilasi dalam satu fail mengandungi laporan perbelanjaan serta resit. 
 
Persediaan Ruang Pameran
  • Pihak penganjur akan menyediakan ruang pameran di ruang legar Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
  • Peserta dibenarkan memasuki ruang pameran mulai 5.00 petang, Rabu 30 NOVEMBER 2016.
  • Ruang Pameran setiap kumpulan berkadaran 2mx3m yang mempunyai:
         a) Panel Pameran untuk menggantung Poster A1
         b) Meja dan skirting (saiz 1m)
         c) 1 Point Elektrik
 

 

PAMERAN DAN PENJURIAN 

Tentatif Aturcara

AKTIVITI

WAKTU

LOKASI

Persediaan Ruang Pameran

5.00 petang – 9.00 malam,

Rabu, 30 November 2016 

Ruang Pameran KPT

Pameran & Penjurian

8.00 pagi – 6.00 petang

Khamis, 1 Disember 2016 

Dewan Za’aba &

Ruang Pameran KPT

Majlis Penyampaian Hadiah Nasional

8.00 pagi – 1.00 tengahari

Jumaat, 2 Disember 2016 

Dewan Za’aba, KPT

 

Pameran 

  • Pameran hasil kerja selama 1 hari pada 1 Disember 2016
  • Pameran dibuka pada orang ramai mulai 9.00 pagi - 6.00 petang.
 
Penjurian
  • Sesi Pertama: Sesi Lawatan Panel Juri ke Booth Pameran
         Panel Juri membuat lawatan hasil kerja pelajar di setiap ruang pameran  
  • Sesi Kedua : Sesi Pembentangan Lisan kumpulan
         Setiap kumpulan diberikan masa selama 15 minit iaitu 2 minit untuk tayangan klip video/animasi, 8 minit penerangan projek inovasi dengan paparan              poster di skrin pentas dan 5 minit untuk sesi soal jawab bersama panel juri.