MyINOVASI2016

Pertandingan Memasyarakatkan Inovasi Pelajar IPT

 

 

Pengenalan

Program ini bertujuan menguji kemahiran mahasiswa dalam membudayakan inovasi dan kreativiti supaya dapat memberi manfaat kepada masyarakat sekitar sesuai dengan slogan MyINOVASI iaitu Inovasi Berbudi Masyarakat Lestari.

Pertandingan Memasyarakatkan Inovasi Pelajar IPT 2016 atau lebih dikenali sebagai MyINOVASI2016 ini adalah satu program untuk memupuk budaya inovasi dan kreativiti di kalangan pelajar-pelajar IPT.

MyINOVASI telah mula diperkenalkan pada tahun 2012 merupakan salah satu program pertandingan Panji Mercu Kementerian Pendididikan Tinggi yang dikelolakan bawah pengurusan Jabatan Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Sekretariat Pertandingan iaitu Institut Sultan Iskandar.

Tema Pertandingan

Inovasi Berbudi Masyarakat Lestari dibuat untuk memastikan setiap idea inovasi yang dicadangkan pelajar dapat memberi manfaat kepada masyarakat yang memerlukannya.

Objektif Pertandingan 

  • Meningkatkan kemahiran serta menggalakkan daya kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar.
  • Menjadi platform kepada pelajar IPT sebagai penyumbang idea dan inovasi atau pengetahuan dalam bidang masing-masing untuk menunjukkan kemampuan mereka mencipta dan menemui sesuatu yang baru.
  • Memupuk keupayaan bekerja dalam pasukan berlainan bidang dan berdaya saing.
  • Mewujudkan   pusat   kecemerlangan    serta   menjadi   titik   fokus   bagi pembangunan dan penggalakan budaya rekacipta dan inovasi dalam usaha membangunkan produk rekacipta yang kompetitif.
  • Menjadi jaringan strategik melalui pendekatan perkongsian bestari (smart partnership) dengan kementerian/agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi, persatuan usahawan dan orang persendirian di dalam dan di luar negeri.

Peringkat Pertandingan

Pertandingan MyINOVASI2016 dibahagikan kepada DUA (2) peringkat:

1. Peringkat Zon

Idea Inovasi akan dinilai melalui 6 zon yang dipertandingkan iaitu :

a) Zon Utara : Lokasi IPT yang terdapat di Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Perak

b) Zon Selatan : Lokasi IPT yang terdapat di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor

c) Zon Sentral: Lokasi IPT yang terdapat di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya

d) Zon Timur: Lokasi IPT yang terdapat di Pahang, Terengganu dan Kelantan

e) Zon Sabah: Lokasi IPT yang terdapat di Sabah

f) Zon Sarawak: Lokasi IPT yang terdapat di Sarawak

  • Idea Inovasi terbaik setiap Zon akan dipilih dan hanya Idea Inovasi Terbaik Keseluruhan Zon akan dibawa bertanding ke Peringkat Nasional.
  • Pemenang Peringkat Zon akan menerima Geran Hadiah bernilai RM5,000.00 untuk membantu kumpulan tersebut menyiapkan hasil akhir idea inovasi yang telah dicadangkan. 

 

2. Peringkat Nasional

Idea Inovasi yang telah memenangi geran peringkat zon dikehendaki melaksanakan hasil akhir idea inovasi menggunakan geran hadiah zon. Pemenang peringkat zon berpeluang memenangi Geran Hadiah Utama RM50,000.00 yang ditawarkan dan berpeluang bertanding ke luar negara menggunakan hadiah geran tersebut.