MyINOVASI2016

Pertandingan Memasyarakatkan Inovasi Pelajar IPT

 

 

Soalan Lazim

Koleksi Soalan Yang Sering Diutarakan.

1. Siapa yang dibenarkan untuk mendaftar?

Terbuka kepada semua pelajar PRA-SISWAZAH SEPENUH MASA yang berdaftar dengan mana-mana institusi pengajian tinggi di bawah naungan KPT atau yang diperakui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)seperti UA, IPTS, Politeknik, dan Kolej Komuniti dari seluruh Malaysia.

2. Saya ingin mendaftar pertandingan ini, tetapi ahli kumpulan saya terdiri daripada berlainan institusi pengajian atau sekolah, adakah ianya dibenarkan?

Tidak dibenarkan. Penyertaan hanya digalakkan berlainan bidang pengajian/tingkatan dalam institusi pengajian/sekolah yang sama sahaja.

3. Kami pelajar Tahun Akhir dan berada dalam Semester Akhir, adakah kami dibenarkan menyertai pertandingan ini?

Ya, sekiranya hari graduasi anda dijadualkan SELEPAS anda membuat SERAHAN PERINGKAT ZON 26 SEPTEMBER 2016.

4. Kami merupakan pelajar kolej swasta dan mengikuti pengajian kerjasama dengan UTM. Oleh itu, dengan institusi yang manakah patut kami mendaftar?

Anda hendaklah mendaftar mengikut institusi pengajian yang anda bayar yuran pengajian tersebut.

5. Bolehkah ahli kumpulan kami dikemaskini seperti pertukaran ahli, pengurangan atau penambahan ahli?

Dibenarkan, ahli tidak boleh ditambah sekiranya keputusan PERINGKAT ZON telah dikeluarkan.

6. Saya adalah pelajar sekolah menengah tingkatan enam, adakah saya boleh menyertai pertandingan ini?

Tidak dibenarkan.

7. Bilakah tarikh tutup pendaftaran penyertaan pertandingan ini?

Tarikh tutup penyertaan pertandingan ini ialah pada 25 September 2016. Walaubagaimanapun anda diwajibkan mendaftarkan kumpulan anda melalui pendaftaran atas talian di laman sesawang  www.myinovasi.com.my pada atau sebelum 20 September 2016. Pendaftaran atas talian bertujuan untuk memberikan ID pendaftaran bagi setiap kumpulan yang berminat untuk menyertainya. Pihak penganjur berhak menukar tarikh ini sekiranya perlu.

8. Bentuk inovasi yang ingin dipertandingkan ini adalah dalam bentuk ‘produk lengkap' atau hanya sekadar ‘prototaip' sahaja?

Hasil inovasi yang ditetapkan oleh Penganjur secara minimumnya adalah pada tahap ‘proof of concept' atau pengesahan konsep yang kerap dirujuk dengan ringkas sebagai POC. Kehendak ini mesti dipenuhi oleh peserta. Penghasilan ‘produk lengkap' mahupun prototaip tidak diperlukan dalam SERAHAN PERINGKAT ZON.

Pada peringkat POC, peserta perlu meyakinkan kepada para juri menerusi pembentangan bukti dan keterangan bahawa hasil inovasi mereka mampu menyelesaikan masalah atau menyahut peluang yang melibatkan serta memberikan manfaat secara langsung kepada masyarakat.

9. Adakah setiap penyertaan akan mendapat Sijil Penyertaan?

Ya, pihak Sekretariat akan mengeluarkan Sijil Penyertaan kepada pelajar yang membuat Serahan Peringkat Zon selepas 5 Disember 2016 berdasarkan permintaan. Pelajar yang hanya membuat pendaftaran tanpa membuat sebarang Serahan Peringkat Zon tidak layak menerima sijil penyertaan.

10. Bolehkah penyerahan poster dilakukan melalui e-mel sekretariat MyINOVASI 2016?

Tidak dibenarkan

11. Bolehkan saya menggunakan penyelia projek yang sama untuk beberapa kumpulan?

Boleh. Setiap institusi pengajian tinggi/sekolah boleh mendaftarkan seberapa banyak kumpulan. Setiap kumpulan perlu diselia oleh seorang penyelia yang terdiri daripada pensyarah/guru/kakitangan akademik.

12. Berapa yuran penyertaan pertandingan ini?

Tiada bayaran dikenakan untuk menyertai pertandingan ini. 

13. Adakah penyelia kumpulan boleh menyelia lebih dari 1 kumpulan?

Penyelia kumpulan dibenarkan menyelia lebih dari 1 kumpulan

14. Bagaimanakah saya ingin mendapatkan maklumat dan info-info terkini tentang pertandingan ini?

Anda perlu menjadikan website rasmi kami iaitu www.myinovasi.com.my sebagai sumber rujukan utama. Setiap maklumat dan info-info terkini akan sentiasa dikemaskini di laman ini. Anda juga boleh berhubung melalui e-mel kami iaitu This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.