MyINOVASI2016

Pertandingan Memasyarakatkan Inovasi Pelajar IPT

 

 

Syarat Penyertaan

Kelayakan

  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar PRASISWAZAH SEPENUH MASA sama ada PERINGKAT SIJIL, DIPLOMA, IJAZAH PERTAMA dan DIPLOMA LANJUTAN sahaja dari IPT yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia seperti: 
    • Universiti Awam
    • Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
    • Politeknik
    • Kolej Komuniti
  2. Setiap kumpulan dibenarkan menghantar SATU (1) penyertaan sahaja,
  3. Setiap pelajar tidak boleh menyertai lebih dari 1 kumpulan.
  4. TIADA HAD penyertaan bagi setiap IPT.
  5. Penyertaan adalah terbuka kepada penyertaan berkumpulan dengan  bilangan  ahli  sekurangnya TIGA (3) dan tidak  melebihi  LIMA  (5)  orang  beserta SEORANG (1) pensyarah pembimbing. 
  6. PELAJAR ANTARABANGSA dibenarkan menyertai pertandingan ini dengan syarat bilangan ahli pelajar antarabangsa tidak melebihi 1/3 bilangan ahli kumpulan warganegara Malaysia. 
  7. IDEA INOVASI yang dihasilkan mestilah sesuai dengan tema pertandingan. 
  8. Setiap kumpulan dibenarkan menghantar 1 IDEA INOVASI sahaja
  9. Cetusan  idea  mestilah  daripada  JANAAN IDEA KUMPULAN PELAJAR  dan  bukan plagiat.
  10. Adaptasi penambahbaikan idea sedia ada boleh diterima pakai selagi aspek penambahbaikan tersebut merupakan faktor utama hasil kreativiti. 
  11. Idea rekabentuk mestilah asli dan tidak pernah dikomersial, dipamer atau diajukan kepada sektor pembuatan. 
  12. Penggunaan bahan-bahan kitar semula atau terbuang amat digalakkan.
  13. Keperluan bahan pertandingan adalah tanggunjawab peserta atau IPT masing-masing.
  14. Mana-mana penyertaan yang pernah dikemukakan dalam mana-mana pertandingan luar sebelum ini atau didapati meniru / menciplak idea adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai pertandingan ini. Sekretariat Pertandingan BERHAK menolak penyertaan atau menarik balik sebarang bentuk hadiah yang diperolehi sekiranya peserta didapati mengemukakan penyertaan yang sama sebelum pertandingan ini. 
  15. Penggunaan  sebarang  perisian  adalah  dibenarkan  selagi  ia  sah  di  sisi undang-undang pengkomputeran Malaysia. 
  16. Penggunaan perisian adalah tanggungjawab peserta dan sebarang kemudaratan adalah tanggungjawab sendiri.
  17. Kos perjalanan, penginapan atau lain-lain kos semasa menyertai pertandingan ini adalah di atas tanggungan kumpulan atau IPT masing-masing. 
  18. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD

 

Klik maklumat SERAHAN IDEA disini.

Peringkat Zon

Contoh Format Poster