MyINOVASI2016

Pertandingan Memasyarakatkan Inovasi Pelajar IPT

 

 

Peringkat Zon

  • Merupakan Peringkat Pertama Pertandingan MyINOVASI
  • Pertandingan dibahagikan kepada 6 zon mengikut lokasi IPT iaitu:   
    • Zon Utara : lokasi IPT di Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak
    • Zon Selatan : lokasi IPT di N.Sembilan, Melaka dan Johor
    • Zon Timur : lokasi IPT di Kelantan, Terengganu dan Pahang
    • Zon Sentral : lokasi IPT di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur
    • Zon Sabah : lokasi IPT di Sabah dan W.P Labuan
    • Zon Sarawak : lokasi IPT di Sarawak
  • Idea Inovasi Terbaik Keseluruhan Zon akan menerima Geran Hadiah RM5,000 dan layak bertanding ke Peringkat Nasional

Pendaftaran  

  1. Setiap kumpulan dikehendaki membuat pendaftaran dalam talian menerusi pautan ini http://goo.gl/3rYRxo
  2. Pautan pendaftaran akan dibuka mulai 2.00 petang 18 Julai 2016.
  3. Setiap kumpulan pelajar dikehendaki mendaftarkan kumpulan masing-masing  mengikut zon iaitu lokasi dimana IPT kumpulan pelajar sedang mengikuti pengajian tersebut.
  4. Kumpulan yang berjaya membuat pendaftaran akan diberikan ID Pendaftaran dalam masa 3-5 hari bekerja.
  5. Pendaftaran akan ditutup pada 11.59 malam 20 September 201611.59 malam 25 September 2016 
  6. Sila semak kelayakan penyertaan disini terma&syarat

 

Kategori Inovasi ??

MyINOVASI tidak menghadkan penyertaan berdasarkan kategori inovasi. Setiap kumpulan pelajar berpeluang memberikan idea yang dapat menyumbangkan manfaat kepada masyarakat.

Idea Inovasi Berbudi Masyarakat Lestari boleh dilahirkan daripada Idea Inovasi yang dapat menyumbang kepada masyarakat seperti aspek berikut:

  • Kesejahteraan Hidup
  • Alam Agro
  • Masyarakat Terdidik
  • Penjanaan Kemewahan
  • Alam Hunian
  • Pupukan Ukhuwah

Apa yang perlu dihantar semasa SERAHAN PERINGKAT ZON?

Hantarkan SATU (1) IDEA INOVASI yang yang dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut dan dapat memberi manfaat bersesuaian tema "INOVASI BERBUDI MASYARAKAT LESTARI". Serahan peringkat Zon mesti dihantar menggunakan pautan atas talian sebelum 11.59 malam 26 September 2016. kini dilanjutkan sehingga 11.59 malam 5 OKTOBER 2016

 

Keperluan Serahan Zon

  • Setiap kumpulan dibenarkan menghantar Satu (1) IDEA INOVASI sahaja.
  • Bahasa Penyampaian dibenarkan sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.
  • Penulisan berbentuk sms atau bahasa picisan adalah dilarang sama sekali.
  • Serahan Zon boleh dibuat menggunakan modul atas talian di pautan ini  http://goo.gl/5FhYop sebelum atau pada 11.59 malam 26 September 2016 kini dilanjutkan sehingga 11.59 malam 5 OKTOBER 2016
  • Serahan Zon tidak boleh dihantar menggunakan emel.
  • Hantarkan IDEA INOVASI anda menggunakan format berikut:

Format Serahan Idea 

Muat turun format Sinopsis disini 

 
Takwim Zon

 

* PENDAFTARAN DILANJUTKAN SEHINGGA 11.59 malam 25 September 2016 

* SERAHAN ZON DILANJUTKAN SEHINGGA 11.59 malam 5 OKTOBER 2016

 

 

Penjurian Zon

  • Setiap serahan akan dikumpulkan untuk sesi penjurian secara tertutup pada 4-6 Oktober 2016 ditunda pada 11-13 OKTOBER 2016
  • Tiada pembentangan atau sesi penjurian lisan diperlukan dalam peringkat zon
  • Keputusan penjurian akan diumumkan pada lewat 6 Oktober 2016 ditunda pada lewat 13 OKTOBER 2016

Peringkat Zon